Saturday, July 31, 2010

PHP kick start

Bagaimana bermula dengan PHP?

1. Install xampp (php and apache) boleh dapat kat sini. xampp ni perlu diinstall supaya dpt guna php.
2. Selepas download, install xampp. Install dlm program file.
3. untuk memulakan sistem php pertama anda, create folder di dalam xampp/htdocs/
4. kemudian dalam dreamweaver, create new php file dan save di dalam folder yang dicreate tadi. katakan hello.php
5. untuk mencuba page ini, buka melalui browser http://localhost//hello.php
6. untuk mencapai database buka melalui browser http://localhost/xampp
7. selamat mencuba...
8. yang lain2..kena search dalam google.. 

link

Monday, March 29, 2010

Error Semasa Membuat Installasi Moodle on Redhat Linux

ERROR: Could not find or create a directory (/usr/moodledata/temp)
ERROR: Could not find or create a directory (/usr/moodledata/cache)
ERROR: Could not find or create a directory (/usr/moodledata/cache)

fuh...berpeluh-peluh nak settlekan problem nih..rupanya2 kita kena tau pasal OS jugak..

so, inilah pengajarannya:

kalau dapat error mcm kat atas tu, x payahlah nak tukar permission bagai...just do this:

Get SELinux mode

# getenforce
Output:
Enforcing

Set SELinux mode to permissive mode

# setenforce 0
# getenforce
Output:
Permissive
 
kalau output dah tukar kepada permisive, maka error akan hilang.. tada.. mcm magic..
ni pulak cara yg sebetulnya:(tp aku x pernah try..)

But how do I turn it off or disable SELinux enforcement?

Selinux can be disabled by passing kernel boot parameters. You need to open grub.conf (menu.lst) or lilo.conf and append selinux=0:
For example here is my sample grub.conf file:
title Debian GNU/Linux, kernel 2.6.13-web100 Default
root (hd0,0)
kernel /boot/vmlinuz-2.6.13-web100 root=/dev/hdb1 ro selinux=0
initrd /boot/initrd.img-2.6.13-web100
savedefault
boot

Save file and reboot Linux system.
 

punca masalah adalah kerana;
SELinux (Security Enhanced Linux) turned on

aku harap siapa yang ada masalah berkaitan dapat solvekan masalah korang... daaa..

Friday, September 4, 2009

Capaian kepada Database Oracle melalui PHP

Senario
  1. Saya perlu mengambil data yang terdapat di dalam Oracle Database View/Table untuk dimasukkan ke dalam MYSQL Database aplikasi baru saya.
  2. Saya perlu menggunakan akaun pengguna sedia ada (kata nama dan kata laluan) yang di simpan di dalam Oracle Database untuk log in ke dalam aplikasi PHP saya.
Tindakan yang perlu dilakukan
  1. Mencari jalan untuk menghubungkan aplikasi PHP dan Oracle Database View.
  2. Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil.
  3. Membuat testing terhadap penyelesaian tersebut.
  4. Menggunakan penyelesaian tersebut untuk menyiapkan tugasan.
Penyelesaian
  1. Membuat instalasi Oracle Instant Client di dalam PC/Server yang digunakan. Maksudnya PC/Server yang mempunyai PHP dan MYSQL yang digunakan untuk membangunkan aplikasi PHP. Rujuk di sini. Sila download Instant Client Package - Basic dan *Instant Client Package - SQL*Plus. Instalasi hanya dengan extract fail tersebut ke directory yang dirasakan sesuai. Paling mudah extract ke dalam c:/. Extract nstant Client Package - Basic dahulu dan kemudian barulah extract *Instant Client Package - SQL*Plus.
  2. Kemudian set PATH di dalam system Environment (Start->Control Panel->System->Advanced Tab->klik Environment Variables). Pada bahagian system variable, klik pada bahagian PATH dan Edit, masukkan lokasi Instant Client tadi dengan nama folder sekali. Contohnya C:\instantclient_10_2;
  3. Seterusnya, dalam system enviroment juga, masukkan value TNS_ADMIN dengan value yang sama dengan PATH tadi. Ini adalah kerana kita akan memasukkan TNSNAMES.ora dilokasi ini juga. *Apakah TNSNAMES.ora? Ianya merupakan config file yang menyatakan lokasi database (oracle database) yang akan kita capai nanti.
  4. Seterusnya, kita perlulah membuat fail TNSNAMES.ora. Caranya, buka notepad dan save sebagai tnsnames.ora. Kemudian, masukkan maklumat berikut dan save semula fail tersebut;
     addressname =
    (DESCRIPTION =
    (ADDRESS_LIST =
    (ADDRESS = (PROTOCOL = TCP)(Host =
    hostname )(Port = port ))
    )
    (CONNECT_DATA =
    (SERVICE_NAME =
    addressname )
    )
    )
  5. Kemudian, enable OCI8 dengan membuang semicolon pada line berikut yang terdapat di dalam fail php.ini (..php/bin).
    ;extension = php_oci8.dll menjadi extension = php_oci8.dll
  6. Restart Apache service dan buka phpinfo(). Pastikan OCI8 dipaparkan di dalam phpinfo() tersebut. Jika tidak, ini bermakna OCI8 masih disable lagi. Sekiranya ini berlaku, sila restart PC/Server tersebut pula.
  7. Sila testing capaian ke database menggunakan SQl*Plus. Pastikan langkah ini berjaya sebelum ke langkah seterusnya. Untuk itu, pastikan anda mempunyai capaian ke database tersebut terlebih dahulu.
  8. Seterusnya, gunakan skrip berikut untuk menguji capaian daripada aplikasi php ke oracle database view/table;

  9. Sekiranya langkah 8 berjaya, TAHNIAH! anda telah berjaya membuat capaian ke oracle database.
  10. Untuk contoh selanjutnya, bolehlah merujuk di dalam search engine. Antara laman web yang agak lengkap adalah;
Diharap serba sedikit penerangan saya dapat membantu.

Sekian, terima kasih.

Sharing is Caring
~d.e.w.i.c.i.n.t.a.d.u.n.i.a~

Mesej Selamat Datang

Selamat datang kepada yang terjumpa blog ini.

Tujuan Blog
Adalah untuk berkongsi ilmu yang saya perolehi berkaitan PHP dan MYSQL. Walaupun ramai yang dah berkongsi ilmu berkaitan tajuk ini, saya rasa selain daripada membantu pihak yang masih baru berjinak-jinak dengan PHP dan MYSQL, blog ini juga saya gunakan sebagai jurnal untuk rujukan saya dikemudian hari nanti.

Kandungan Blog
Selain daripada perkara utama PHP dan MYSQL, saya juga berkemungkinan akan berkongsi mengenai sebarang maklumat berkaitan ICT yang saya rasa boleh dikongsi bersama pembaca.

Tentang Penulis
Saya merupakan pembangun sistem yang masih baru menceburi dan mempelajari PHP dan MYSQL. Sekiranya terdapat maklumat yang mungkin kurang tepat, mohon sudi memberi tunjuk ajar.

Sekian, terima kasih.

Sharing is Caring
~d.e.w.i.c.i.n.t.a.d.u.n.i.a~