Friday, September 4, 2009

Mesej Selamat Datang

Selamat datang kepada yang terjumpa blog ini.

Tujuan Blog
Adalah untuk berkongsi ilmu yang saya perolehi berkaitan PHP dan MYSQL. Walaupun ramai yang dah berkongsi ilmu berkaitan tajuk ini, saya rasa selain daripada membantu pihak yang masih baru berjinak-jinak dengan PHP dan MYSQL, blog ini juga saya gunakan sebagai jurnal untuk rujukan saya dikemudian hari nanti.

Kandungan Blog
Selain daripada perkara utama PHP dan MYSQL, saya juga berkemungkinan akan berkongsi mengenai sebarang maklumat berkaitan ICT yang saya rasa boleh dikongsi bersama pembaca.

Tentang Penulis
Saya merupakan pembangun sistem yang masih baru menceburi dan mempelajari PHP dan MYSQL. Sekiranya terdapat maklumat yang mungkin kurang tepat, mohon sudi memberi tunjuk ajar.

Sekian, terima kasih.

Sharing is Caring
~d.e.w.i.c.i.n.t.a.d.u.n.i.a~

No comments: